<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5023375499591937592\x26blogName\x3douo\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://jazlinfarisha.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://jazlinfarisha.blogspot.com/\x26vt\x3d-4383662738323777873', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
missing soul.
welcome.


hi, its Lin, and welcome to the blog of despair.

about.

contains fanfic, idiot posts, random thought, review, recipes and stuff.

status.

fever. |180217|

pasts.

November 2015
December 2015
January 2016
February 2016
March 2016
April 2016
July 2016
August 2016
January 2017
February 2017
May 2017


Saturday, February 18, 2017

Love 
malay ver. ft bts

"Oi Lin!" Jerit Taehyung yang cuba memanggil Soolin dari jauh. Setelah beberapa kali panggilan, Soolin menoleh ke belakang; mencari suara tersebut. "Oh Taehyung. Kenapa?"

Soolin memberhentikan langkah lalu menetapkan pandangannya ke arah Taehyung, rakan karibnya. "Namjoon ajak kita lawat Jungkok lepas habis kelas, nak join?" Balas Taehyung sambil menarik lengan baju Soolin; meneruskan perjalanan mereka ke kelas kimia.

"Eunri ada?"

Taehyung hanya mengangguk untuk menjawab persoalan Soolin. Eunri merupakan teman wanita Jungkook, dan Jungkook merupakan 'first love' Soolin. "Alaa Lin, kau datanglah dengan aku. Namjoon nanti pergi dengan Jin, Hoseok, Yoongi. Temanlah aku!"

"Hakalah, pergi je lah dengan dorang."

"Linnn."

"Malaslah, Taehyung." Soolin menggelengkan kepalanya. Buang masa kalau datang, bisik hatinya. "Jebal?" Taehyung memujuk Soolin dengan 'aegyo'-nya, membuatkan Soolin tergelak kecil. "Okay, okay aku ikut."

-----


"Ehei Hoseok!" Tegur Soolin apabila dia melihat Hoseok sedang duduk di tepi koridor hospital. "Aye Lin!" Hoseok membalas kembali tegurannya. "Asal kau duduk luar?" Tanya Soolin.

"Dalam bau ubat, tak suka."

"Eleh, luar ni lagi kuat bau ubat."

"Takpe, nurse sini lawa lawa."

Soolin terus memukul bahu Hoseok sambil ketawa. Taehyung yang mendengar kata-kata Hoseok terus mengambil tempat di sebelahnya. "Yang mana satu?"

Lelaki kan, Soolin menggelengkan kepalanya lalu terus ke bilik 140.

Tiba sahaja di hadapan pintu bilik tersebut, Soolin menarik nafas panjang sambil membetulkan kardigan sekolahnya lalu menolah pintu tersebut.

"Er, hello?"

Namjoon dan Yoongi mengalihkan pandangan mereka ke arah Soolin, diikuti oleh Jin, Jimin, Eunri dan Jungkook. "Man, you're finally here." Namjoon terus berdiri dan menarik tangan Soolin. "Jungkook nak cakap sesuatu dengan kau secara personal." Kata Jimin, membuatkan mereka semua berdiri dan menuju ke pintu keluar.

"Hai, Soolin." Jungkook memulakan perbualan mereka apabila yang lain telah keluar. "Hey." Soolin memaksa bibirnya untuk senyum lalu duduk di sebelah Jungkook. "Jungkook okay? Dah makin sihat?" Tanya Soolin, mencuba untuk membuang perasaan janggal di antara mereka.

"Yep, makin sihat dah." Jungkook senyum ke arah Soolin sebelum meneruskan kata-katanya. "Taehyung suka Lin."

Soolin mengangkat kening kirinya. "Hm?"

"Maafkan Jungkook sebab tak dapat balas perasaan Lin. Taehyung sayangkan Lin, and Jungkook tak sanggup nak rampas Lin dari Taehyung. Sekarang Jungkook dah ada Eunri, jadi Jungkook rasa Lin patut tahu perasaan Taehyung terhadap Lin." Jelas Jungkook. Soolin terdiam, terkejut dengan penjelasan Jungkook. "Betul.... ke?" Tanya Soolin sekali lagi. Jungkook sekali lagi tersenyum dan mengganguk kepalanya.


---


"Nasib baik Jungkook dah okay sikit." Ujar Taehyung. Mereka sekarang ini dalam perjalanan pulang ke rumah. "Er, Taehyung. Jungkook ada kata sesuatu." Taehyung terus mengalihkan pandangannya ke arah Soolin. "A-apa?"

"Dia kata.... kau suka aku."

Taehyung membesarkan matanya dan memandang ke arah yang bertentangan. "Taehyung?" Soolin menepuk bahu jejaka di sebelahnya itu.

Tanpa berfikir panjang, Taehyung terus melarikan diri; meninggalkan Soolin di situ. Soolin hanya memandang dari jauh, tidak mampu mengejarnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon Taehyung, tetapi tidak diangkat. "Ei dia ni pergi mana?" Soolin melihat kawasan sekelilingnya. Taman Bunga mungkin, fikirnya sebelum meneruskan perjalanan.

'Taehyung'. Soolin memandang ke arah Taehyung yang sedang menekup wajahnya. Soolin terus berjalan ke arah Taehyung dan mencuit bahunya. "Oit."

Taehyung melihat mata Soolin lalu terus mengalihkan pandangannya. "Kenapa kau lari?"

Taehyung masih diam; tidak menghiraukan pertanyaan Soolin. "Taehyung! Asal kau lari tadi? Aku nak kejar pun teragak-agak."

"Sebab aku malu." Bisik Taehyung. Soolin tidak dapat menafsirkan apa yang dikatakan oleh Taehyung. "Ha? Tak dengar lah"

Taehyung terus memegang bahu Soolin dan memandangnya. "Sebab aku malu. Kau suka Jungkook. Aku dengan Jungkook dah lah beza ketara gila, ada hati nak taruh harapan kat kau."

Soolin tersenyum mendengar luahan Taehyung, membuatkan Taehyung marah. "Senyumlah, senyum. Nak kata aku bodoh lah tu."

"Memang lah, bodoh lah kau ni."

"Ya, aku tahu. Lagi?"

"Bodoh sangat pergi fikir macam tu. Aduhai, kau ni comel juga kan?"

Taehyung mengetap giginya lalu bangun; meninggalkan Soolin lagi sekali. "Weh, sabarlah, tak habis lagi!" Jerit Soolin, mengikut Taehyung dari belakang.

"Diam lah kau."


----



CRINGE CRINGE CRINGE
a/n : I would rather write in english instead of malay lol anyway this fanfic was written during form 4 in addmath class. (lol i forgot whether f4 or f5 but then takkan lah nak tulis time kelas cikgu nazliah kan, matilah aku)


+ 6:48 AM